Monday, January 25, 2010

Pro M Pro PKR, Pro Aspirasi Pro HEP

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus di empat universiti awam berlangsung hari ini dalam suasana panas, terutama di Universiti Malaya (UM) di mana para penyokong yang berbaju oren dan hitam melaungkan slogan antara satu sama lain.

Seperti biasa, pilihan raya kampus menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan pelajar - Pro-aspirasi yang didakwa mendapat sokongan pihak berkuasa kampus, dengan Pro-Mahasiswa (pro-M).

Kira-kira 200 penyokong pro-M di Universiti Malaya, ramai daripadanya memakai baju oren, berarak ke pusat penamaan calon pagi ini. Manakala kira-kira 200 penyokong pro-Aspirasi turut berkumpul di fakulti sains, dekat pusat penamaan calon.

Penyokong pro-M melaungkan slogan 'hapuskan rasuah' dan membawa plakad yang bertulis 'RM5,000' dan nama sebuah hotel. Mereka mendakwa kumpulan pro-Aspirasi mendapat bantuan kewangan dari pihak berkuasa kampus.

Manakala penyokong pro-Aspirasi pula membalas dengan melaungkan slogan 'pro-M alat PKR'

Sejumlah 41 kerusi di pertandingkan di UM kali ini. Pro-M mengemukakan 28 calon manakala pro-Aspirasi bertanding di semua 34 kerusi.

Tiga lagi universiti yang terbabit dalam proses penamaan calon hari ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Suasana di UKM juga panas di mana masing-masing 200 penyokong Pro-M dan 100 pro-Aspirasi, hadir untuk menyokong calon mereka.

Pro-M turut membawa dua kuda mainan yang bertulis “aspirasi”, sambil mengejek lawan mereka yang didakwa dikuasai pihak berkuasa kampus.

Di UKM, selepas penamaan calon tadi, pro-M menang satu kerusi tanpa bertanding. Manakala 34 kerusi lagi akan dipertandingkan pada 28 Januari ini.

UTM pula bertandingkan 51 kerusi - 46 kerusi di kampus Skudai dan lima kerusi di kampus Kuala Lumpur.

Pro-M meletakkan 43 calon dan pro-Aspirasi 51 calon. Sehingga ini pro-Aspirasi menang lapan kerusi tanpa bertanding.

Di USM pula sejumlah 39 kerusi akan dipertandingkan, tetapi pro-M hanya meletakkan tiga calon. Setakat ini pro-Aspirasi sudah memenangi 24 kerusi tanpa bertanding.

Turut bertanding kali ini ialah enam calon bebas.

Proses penamaan calon di UM, UKM dan USM berjalan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, dan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari bagi kampus UTM.

Anwar support budak budak Pro M.

DSCN0606
Lembah Pantai 25 Jan 10:13p.m : Hari penamaan calon bermula dengan perarakan besar-besaran para penyokong bagi calon dari kedua-dua kem; Pro Mahasiswa (Pro M) dan Penggerak Mahasiswa (GERAK).

Pro M memulakan perarakan bermula dari Tasik Varsiti sehingga ke Kompleks Perdana Siswa (KPS).
GERAK pula bermula dari kolej kediaman ketiga dan berkumpul di hadapan Fakulti Sains bersebelahan KPS.
DSCN0604Suasana trafik tetap lancar namun bergerak lambat kerana memberi laluan kepada para mahasiswa dari kedua-dua kem untuk berarak.

Pro M menampil calon umum dan fakulti termasuk wakil calon masing-masing dalam formasi perarakan berkenaan.

DSCN0603
Banner dan kain rentang besar menghiasi para perarak disamping sorakan “Student Power!” dan “Hidup-Hidup Mahasiswa!”.

Sorakan “Mansuh E-Voting!” kedengaran beberapa ketika.
GERAK pula berkumpul dengan pakaian serba hitam dengan sorakan “Hidup Penggerak!” dan “One Malaysia!”.


Calon termasuk penyokong dan pencadang masing-masing telah masuk ke dalam auditorium KPS bagi proses penamaan calon.

Penamaan calon yang bermula hari ini akan diikuti dengan fasa kempen selama 2 hari iaitu Selasa dan Rabu.
Proses pembuangan undi akan diadakan pada 28 Jan, Khamis.
DSCN0615
Terdahulu, PRK UM pada kali ini mempunyai perubahan besar berbanding sesi lepas iaitu penggunaan sistem pengundian elektronik (E-Voting) dan kempen selama 2 hari sahaja.

DSCN0616Mahasiswa UM menubuhkan Gabungan Mahasiswa Bantah EVoting (BANTAH) demi menjadi pemerhati dalam menilai perjalanan sistem berkenaan disamping menerangkan tentang beberapa persoalan berkenaan dengan kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan.-UMtoday

BANYAK NYE DUIT BUDAK BUDAK NI...MEWAH BENOR DIA.ANWAR BAGI SPONSOR KER????

Sunday, January 24, 2010

Anak Saudara Khalid Jaafar Buat Onar Depan Sogo


Kau tengok gaya mamat ni...mcm gigolo pun ada. nanti geram Anwar ni

Mamat ni nama dia Hilman idham. nama sedap. aku tanya kat dua tiga orang kawan kawan aku kat UKM. mereka kata budak ni dua hari berturut turut buat demo kat Sogo. Apa kejadahnya budak budak U buat demo depan Sogo???? Nak mengemis undi dari mak bapak yang tengah shopping ke??? ke nak undi kat kutu rayau yang lalu lalang kat situ.

Mamat ni kena tahan polis masa demo tu. Lepas lah pulak lepas tu. Pagi tadi dia bertanding nak jadi Mpp kat UKM. Wah hebat siap lepas lagi jadi calon. HEP pula lemah...biarkan je budak ni terlepas jadi calon. Tak buat apa pun. Kononnya nak demokrasi kat budak ni. Demokrasi tengkorak apa kalau dah sah sah budak ni buat salah. Ni la lemahnya HEP. Patutlah budak budak pro M marah.

Satu lagi budak ni pernah kena latih dengan Kondrad Adeneur Foundation. Mereka kata Kondrad ni yayasan Yahudi. Aku tak pelik la sebab budak ni rupa rupanya anak saudara Khalid Jaafar. Patutlah kabel dia besar. Siap lantik diri sendiri lagi jadi Presiden KAMI. Pirahhh mabukkkk..

Saifuddin Sokong Budak Pro Mahasiswa

Baguslah Timbalan Menteri sorang ni. Dia jaga bakul dia sendiri ja. Elok juga Najib lantik budak PKPIM ni jadik menteri. Habis budak budak PAS dan PKR dapat pembelaan. Esok kalau budak Aspirasi buat demo kat depan KPT pun halal belaka dah. Yang jahat akhbar jugak. Tahun ni aku rasa semua IPTA akan menang pada Pro M. Mana tak nya. Pro M sudah dapat sokongan dari Timbalan Menteri sendiri. Khaled pula buat buat tak tahu pasal pilihanraya budak budak U ni. Dia kira jaga anak dia saja di UIA. Mamat tu berlagak nak mampos. Patutlah Wawasan kalah kat UIA. Anak dan bapak sama saja. 2 kali 5. Elok la tu dapat Timbalan pula suka angkat bakul sendiri. Ntah apa apa ntah. Najib kena tengok ni.

Thursday, January 21, 2010

Nurul Izzah Taja Pro M di Universiti Malaya


Kawan baru dapat cerita daripada salah seorang mahasiswa senior yang namanya Mat Bulu. Dia kata dia nampak budak-budak Pro M jumpa dengan Nurul Izzah kat Old Town Pantai Dalam. Entahlah diaorang bincang apa malam-malam kat situ. Tapi nampak Nurul Izzah bagi satu bungkusan yang besar pada budak budak Pro M. Dua tiga hari lepas tu barulah kawan dapat jawapan bila dapat tahu Pro M beli 90 borang di kawasan umum dan 167 di kawasan fakulti. Nurul Izzah ni nak taja budak budak ni buat apa???? Nak suruh budak budak ni mengundi kat Pantai Dalam kot. Dah lah kawan dengar Shahrizat hari tu bagi 20 ribu kat Pro M. Kayalah Pro M. Korang cuba bayangkan satu borang RM5. Kali tengok, jumlah semuanya adalah 1,285 ringgit. Banyak woo. Manyak kaya ooo. Kalau bertanding nanti, deposit sorang RM100, kalaulah PRO bertanding semua, nilai wang mereka adalah RM25,700. Manyak oo0. Tambah pula dengan RM1285 jadi semuanya adalah RM26,985. Manyak kaya ooo Pro M. Tambah dengan Shahrizat bagi lagi jadi RM46,985. Ini belum masuk lagi duit duit kopi yang Pro M dapat. Ishk ishk manyak ooo. Kawan minta sikit boleh, nak buat beli pen dan ink printer nak buat assignment.

Tuesday, December 15, 2009

Tahniah Abuya Izani


Sudah lama, kita merancang...akhirnya Tuhan memberikan kita kemenangan. Abuya Izani akan memudahkan kerja kita menawan kampus dalam pilihan raya kampus akan datang. Hidup Pro Mahasiswa. Hidup Hidup Hidup. Hidup Pro M. Hancur Hancur, Hancur Aspirasi. Khaled Blurr akan tumbang. Kezaliman akan tumbang.

Wednesday, January 7, 2009

Pilihan Raya Kampus USM

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihanraya kampus diadakan pada 15 Januari depan.Pemilihan kali ini membabitkan 29 kerusi pusat pengajian tinggi serta enam kerusi umum.Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusi urusetia pemilihan USM. Notis mengenainya ditampalkan di sekitar kawasan kampus.
Notis tersebut - yang bertajuk 'Maklumat Penting Pemilihan MPP 2008-2009 - menyebut bahawa MPP dibubarkan hari ini.Manakala borang-borang penamaan calon dikeluarkan di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) mulai jam 9 pagi ini hingga jam 4.30 petang Jumaat depan untuk kampus induk.Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Januari - mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari.Kempen pula dibenarkan selama tiga hari, dari 12 Januari hingga 14 Januari depan - mulai jam 7 malam 12 Januari hingga 12 tengah malam 14 Januari.

Pengundian pula akan bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang 15 Januari depan.Manakala proses pengundian dijangka selesai jam 5.30 petang. Sehubungan itu, para pelajar diingatkan supaya memberi perhatian kepada tarikh-tarikh di atas. Bagi mereka yang berminat untuk bertanding pula diminta mengambil borang penamaan calon dengan segera.