Tuesday, December 15, 2009

Tahniah Abuya Izani


Sudah lama, kita merancang...akhirnya Tuhan memberikan kita kemenangan. Abuya Izani akan memudahkan kerja kita menawan kampus dalam pilihan raya kampus akan datang. Hidup Pro Mahasiswa. Hidup Hidup Hidup. Hidup Pro M. Hancur Hancur, Hancur Aspirasi. Khaled Blurr akan tumbang. Kezaliman akan tumbang.

Wednesday, January 7, 2009

Pilihan Raya Kampus USM

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihanraya kampus diadakan pada 15 Januari depan.Pemilihan kali ini membabitkan 29 kerusi pusat pengajian tinggi serta enam kerusi umum.Pengumuman tersebut dibuat oleh pengerusi urusetia pemilihan USM. Notis mengenainya ditampalkan di sekitar kawasan kampus.
Notis tersebut - yang bertajuk 'Maklumat Penting Pemilihan MPP 2008-2009 - menyebut bahawa MPP dibubarkan hari ini.Manakala borang-borang penamaan calon dikeluarkan di Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) mulai jam 9 pagi ini hingga jam 4.30 petang Jumaat depan untuk kampus induk.Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Januari - mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari.Kempen pula dibenarkan selama tiga hari, dari 12 Januari hingga 14 Januari depan - mulai jam 7 malam 12 Januari hingga 12 tengah malam 14 Januari.

Pengundian pula akan bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang 15 Januari depan.Manakala proses pengundian dijangka selesai jam 5.30 petang. Sehubungan itu, para pelajar diingatkan supaya memberi perhatian kepada tarikh-tarikh di atas. Bagi mereka yang berminat untuk bertanding pula diminta mengambil borang penamaan calon dengan segera.

Wednesday, December 10, 2008

Orang Anwar Ibrahim Kuasai UM dan UTM



Dua buah universiti sekarang sudah dikuasai oleh orang Anwar Ibrahim. Di Universiti Malaya, Ghouth Jasmon yang dilantik menjadi Naib Canselor adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Di UTM Skudai, Zaini Ujang yang masih muda itu adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Senanglah mereka nanti dalam mencatur urusan pilihanraya kampus di universiti. Di jangkakan kumpulan pembangkang kuasai dua dua buah universiti ini.

Saturday, September 6, 2008

Tahniah USM


USM sudah menjadi Universiti APEX di Malaysia. Cabaran baru bagi USM. Alumni UM janganlah dengki pulak dengan USM. Universiti Malaya banyak lahirkan budak budak pembangkang mana boleh dapat. USM lahirkan Menteri Besar Perlis, Terengganu dan Ketua Menteri Melaka. Hebatnya USM. Hebat tak hebat, siaplah kau Khaled, pilihanraya kampus kali ni habis akan disapu bersih oleh pembangkang.

Monday, August 4, 2008

Khaled: Menteri Blurrr

Khaled ialah Menteri KPT paling BLUR pernah aku jumpa. Menteri paling perasan bagus yang pernah aku jumpa. Eksyen betul nih. Aku berani berkempen untuk kalahkan Khaled Nordin sebagai Naib Presiden nanti. Jaga budak budak pun tak boleh, ni nak bertanding Naib Presiden. Khaled tak layak jadi MB Johor, jangan perasan lah...aku sebagai orang Johor tak ingin lihat menteri yang blur macam ni. Blur dan blur. Jelas jelas sokong budak budak IPT untuk jadi pembangkang di universiti.

Tuesday, June 24, 2008

BBMN Lebih Machiavelis di Bawah Hilman Nordin?




Muhyiddin Abdul Aziz, Presiden PMIUM tahun 1993/94 dan 1994/95 pernah risau akan siapa penggantinya. Mana tidaknya, di bawah kepimpinannya, MPMUM di bawah penguasaan BMB yang pro kerajaan. Menjadi umat PMIUM seperti menjadi umat yang hampir-hampir pupus pada zaman itu. Ketika itu, Dato' Seri Anwar yang menjadi pujaan ramai ahli jamaah masa kini adalah faktor kepupusan spesis jamaah. Namun akhirnya, ada juga orang yang dirasa sesuai untuk menggantikannya yakni Abu Zaki Ismail.

Agak sukar sebenarnya untuk membayangkan bahawa seorang bukan Akademi Pengajian Islam untuk menjawat salah satu jawatan tertinggi dalam wajah-wajah ciptaan PMI/JIK. Biasanya, jawatan Bendahari secara tradisinya diberikan kepada watak-watak bukan AI dalam PMI. Mungkin juga faktor kenapa Hilman Bin Nordin terpilih menjadi Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)adalah sama dengan faktor kenapa Ustaz Muhyiddin Abdul Aziz menjadi gundah gulana di saat hampir dia melepaskan jawatannya sebagai pimpinan.

BBMN sering dipuja-puja kerana ia adalah salah satu wajah jamaah yang bersifat seperti United Nation mahasiswa pembangkang. Sebenarnya, dari segi nama pun telah menunjukkan bahawa pengasasnya sendiri barangkali kagum dengan Barisan Nasional.
Zulkifli Yusof sekarang profesor di Jabatan Al Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Masih aktif dengan PMI dan menjadi penasihat PMIUM sebelum melanjutkan pengajian ke University Lampeter, Wales.

Zulkifli Yusof(bukan Zulkifli Yaakob seperti dinyatakan oleh sesetengah pimpinan PMI yang keliru) yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. Walaupun tampak senyap melainkan dalam majlis-majlis dalaman, bekas pimpinan ini telah berjaya merekrut 2 bekas presiden PMI untuk berada di dalam jabatan tersebut yakni Profesor Madya Dr Ishak Sulaiman (Presiden PMIUM 1990/91) dan Encik Anwar Ridwan Zakaria (Presiden PMIUM 1996/97) sebagai tutor.

Terdapat beberapa faktor yang mengasbabkan Hilman bakal pelajar Tahun Empat Kejuruteraan Pembuatan ini terpilih sebagai Pengerusi BBMN yang baru. Mungkin keyakinannya untuk memegang biawak hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan. Mungkin ke tahap penyelia thesis barangkali. Tetapi sukar batang yang reput menanggung langit. Mungkin itulah yang akan terjadi kepada prestasi akademik Hilman, lambat laun kerana taksub dan fanatiknya kepada jamaah.

Sebab pertamanya dia diangkat sebagai Pengerusi BBMN adalah kerana kedudukannya sebagai Ahli MPMUM. Walaupun sebenarnya, jawatan ini biasanya diberikan kepada Presiden MPMUM dari kalangan ahlul jamaah, tetapi kali ini, Presiden MPMUM masih lagi dipegang oleh non jamaah. Ditambah pula kali ini, kampus lain mungkin nampak kurang bersedia ataupun lebih gemar tertumpu ke arah menguatkan jamaah secara lokal daripada keluar seperti apa yang berlaku di Universiti Malaya.

Tetapi, pandangan penulis mungkin lebih menjurus kepada tenggelamnya BBMN sebagai wadah jamaah yang berkesan. Ini disebabkan oleh keserlahan GAMIS dan juga wajah PMI yang baru yakni PMN. Maka, BBMN hampir dilupakan. Oleh kerana banyak tenaga penggerak telah dikerah di front baru jamaah, maka tinggallah saki baki pimpinan jamaah. Oleh itu, pimpinan kelas kedua tetapi ada nama (kerana menimbulkan kontroversi) dipilih. Jikalau tidak, BBMN sebagai front yang pernah dipuja dan disanjung jamaah akan luput ditelan zaman.

Oleh itu, Hilman Nordin adalah calon yang sesuai. tetapi apakah corak gerakannya nanti? Untuk cepat glamour mestilah vokal dan pandai mencari publisiti walaupun seperti masuk bakul angkat sendiri. Penulis masih lagi teringat-ingat kes conteng surau Kolej Kediaman Kedua pada 29 Januari 2007. Hilman merupakan Pengerusi Balai islam sebelum September 2007 dan merupakan Mas'ul Kolej Kediaman Kedua.

Tuduhan pihak PMI tentulah kepada golongan Hindu di Kolej Tuanku Bahiyyah itu. Perkara ini digembar-gemburkan PMI untuk mengurangkan kredit Pengetuanya, Prof. Rajendran kerana rumah ibadat orang Islam diconteng di kolej yang pengetuanya bukan Islam. Misteri masih wujud kerana Hilman orang pertama menemui surau tersebut dalam keadaan begitu.

Jika credential Hilman yang senang sekali melanggar peraturan kolej iaitu tinggal sebagai squatters, penglibatannya dalam pengeluaran risalah haram pada 5 September 2007 dan secara misterinya dikaitkan dengan contengan surau, maka sekarang kita dapat melihat bahawa barangkali seorang Machiavelis telah dilantik untuk mengetuai BBMN.

Adakah Persatuan Mahasiswa lain seperti SRC UIA akan berdiam diri? Ataupun wala' lebih afdhal dalam hal ini? Jika benar begitu, maka kita akan melihat bahawa pilihanraya kali ini akan menjadi pilihanraya paling kotor yang pernah dimainkan di seluruh kampus.

Tuesday, June 17, 2008

PTPTN turun 50% faedah, usaha budak budak Aspirasi

PTPTN dulunya kos ribanya ialah 4% ketika mula mula dibuat pada tahun 1998. Selepas itu, akibat desakan dalam MPPK oleh MPP Aspirasi. Kadar faedah itu turun menjadi 3%. Malah katanya akan turun lagi 50% kadar faedahnya.

Yang aku tak boleh terima ialah budak budak pembangkang PAS ini memang tak pandai bersyukur dan terima kasih. Sesudah duit itu menjadi taik dimakannya. Mereka dakwa duit itu sebagai riba. Sudahlah ambil duit PTPTN tak terima kasih, dah makan pun dah jadi taik cakap riba lagi. Budak budak PAS ini memang tak pandai bersyukur, makan duit kerajaan BN tapi cakap benda itu riba dan haram. Kalau dah haram, kau pergi mintak dengan kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, minta duit hasil babi di Selangor dan minta duit DAP kat Penang dan Perak. Itulah duit yang halal bagi kau. IKHLAS DARI : Orang Yang Bersyukur dari Seri Petaling.