Monday, January 25, 2010

Anwar support budak budak Pro M.

DSCN0606
Lembah Pantai 25 Jan 10:13p.m : Hari penamaan calon bermula dengan perarakan besar-besaran para penyokong bagi calon dari kedua-dua kem; Pro Mahasiswa (Pro M) dan Penggerak Mahasiswa (GERAK).

Pro M memulakan perarakan bermula dari Tasik Varsiti sehingga ke Kompleks Perdana Siswa (KPS).
GERAK pula bermula dari kolej kediaman ketiga dan berkumpul di hadapan Fakulti Sains bersebelahan KPS.
DSCN0604Suasana trafik tetap lancar namun bergerak lambat kerana memberi laluan kepada para mahasiswa dari kedua-dua kem untuk berarak.

Pro M menampil calon umum dan fakulti termasuk wakil calon masing-masing dalam formasi perarakan berkenaan.

DSCN0603
Banner dan kain rentang besar menghiasi para perarak disamping sorakan “Student Power!” dan “Hidup-Hidup Mahasiswa!”.

Sorakan “Mansuh E-Voting!” kedengaran beberapa ketika.
GERAK pula berkumpul dengan pakaian serba hitam dengan sorakan “Hidup Penggerak!” dan “One Malaysia!”.


Calon termasuk penyokong dan pencadang masing-masing telah masuk ke dalam auditorium KPS bagi proses penamaan calon.

Penamaan calon yang bermula hari ini akan diikuti dengan fasa kempen selama 2 hari iaitu Selasa dan Rabu.
Proses pembuangan undi akan diadakan pada 28 Jan, Khamis.
DSCN0615
Terdahulu, PRK UM pada kali ini mempunyai perubahan besar berbanding sesi lepas iaitu penggunaan sistem pengundian elektronik (E-Voting) dan kempen selama 2 hari sahaja.

DSCN0616Mahasiswa UM menubuhkan Gabungan Mahasiswa Bantah EVoting (BANTAH) demi menjadi pemerhati dalam menilai perjalanan sistem berkenaan disamping menerangkan tentang beberapa persoalan berkenaan dengan kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan.-UMtoday

BANYAK NYE DUIT BUDAK BUDAK NI...MEWAH BENOR DIA.ANWAR BAGI SPONSOR KER????

No comments: