Tuesday, June 24, 2008

BBMN Lebih Machiavelis di Bawah Hilman Nordin?




Muhyiddin Abdul Aziz, Presiden PMIUM tahun 1993/94 dan 1994/95 pernah risau akan siapa penggantinya. Mana tidaknya, di bawah kepimpinannya, MPMUM di bawah penguasaan BMB yang pro kerajaan. Menjadi umat PMIUM seperti menjadi umat yang hampir-hampir pupus pada zaman itu. Ketika itu, Dato' Seri Anwar yang menjadi pujaan ramai ahli jamaah masa kini adalah faktor kepupusan spesis jamaah. Namun akhirnya, ada juga orang yang dirasa sesuai untuk menggantikannya yakni Abu Zaki Ismail.

Agak sukar sebenarnya untuk membayangkan bahawa seorang bukan Akademi Pengajian Islam untuk menjawat salah satu jawatan tertinggi dalam wajah-wajah ciptaan PMI/JIK. Biasanya, jawatan Bendahari secara tradisinya diberikan kepada watak-watak bukan AI dalam PMI. Mungkin juga faktor kenapa Hilman Bin Nordin terpilih menjadi Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN)adalah sama dengan faktor kenapa Ustaz Muhyiddin Abdul Aziz menjadi gundah gulana di saat hampir dia melepaskan jawatannya sebagai pimpinan.

BBMN sering dipuja-puja kerana ia adalah salah satu wajah jamaah yang bersifat seperti United Nation mahasiswa pembangkang. Sebenarnya, dari segi nama pun telah menunjukkan bahawa pengasasnya sendiri barangkali kagum dengan Barisan Nasional.
Zulkifli Yusof sekarang profesor di Jabatan Al Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Masih aktif dengan PMI dan menjadi penasihat PMIUM sebelum melanjutkan pengajian ke University Lampeter, Wales.

Zulkifli Yusof(bukan Zulkifli Yaakob seperti dinyatakan oleh sesetengah pimpinan PMI yang keliru) yang sekarang menjadi Profesor di Jabatan Al Quran dan Al Hadith, API telah bertanggungjawab menubuhkannya. Walaupun tampak senyap melainkan dalam majlis-majlis dalaman, bekas pimpinan ini telah berjaya merekrut 2 bekas presiden PMI untuk berada di dalam jabatan tersebut yakni Profesor Madya Dr Ishak Sulaiman (Presiden PMIUM 1990/91) dan Encik Anwar Ridwan Zakaria (Presiden PMIUM 1996/97) sebagai tutor.

Terdapat beberapa faktor yang mengasbabkan Hilman bakal pelajar Tahun Empat Kejuruteraan Pembuatan ini terpilih sebagai Pengerusi BBMN yang baru. Mungkin keyakinannya untuk memegang biawak hidup jamaah didasarkan bahawa bekas Amir Hizbi UK yang berjawatan Profesor Madya di situ disangka akan kerap memberi nasihat dan sokongan. Mungkin ke tahap penyelia thesis barangkali. Tetapi sukar batang yang reput menanggung langit. Mungkin itulah yang akan terjadi kepada prestasi akademik Hilman, lambat laun kerana taksub dan fanatiknya kepada jamaah.

Sebab pertamanya dia diangkat sebagai Pengerusi BBMN adalah kerana kedudukannya sebagai Ahli MPMUM. Walaupun sebenarnya, jawatan ini biasanya diberikan kepada Presiden MPMUM dari kalangan ahlul jamaah, tetapi kali ini, Presiden MPMUM masih lagi dipegang oleh non jamaah. Ditambah pula kali ini, kampus lain mungkin nampak kurang bersedia ataupun lebih gemar tertumpu ke arah menguatkan jamaah secara lokal daripada keluar seperti apa yang berlaku di Universiti Malaya.

Tetapi, pandangan penulis mungkin lebih menjurus kepada tenggelamnya BBMN sebagai wadah jamaah yang berkesan. Ini disebabkan oleh keserlahan GAMIS dan juga wajah PMI yang baru yakni PMN. Maka, BBMN hampir dilupakan. Oleh kerana banyak tenaga penggerak telah dikerah di front baru jamaah, maka tinggallah saki baki pimpinan jamaah. Oleh itu, pimpinan kelas kedua tetapi ada nama (kerana menimbulkan kontroversi) dipilih. Jikalau tidak, BBMN sebagai front yang pernah dipuja dan disanjung jamaah akan luput ditelan zaman.

Oleh itu, Hilman Nordin adalah calon yang sesuai. tetapi apakah corak gerakannya nanti? Untuk cepat glamour mestilah vokal dan pandai mencari publisiti walaupun seperti masuk bakul angkat sendiri. Penulis masih lagi teringat-ingat kes conteng surau Kolej Kediaman Kedua pada 29 Januari 2007. Hilman merupakan Pengerusi Balai islam sebelum September 2007 dan merupakan Mas'ul Kolej Kediaman Kedua.

Tuduhan pihak PMI tentulah kepada golongan Hindu di Kolej Tuanku Bahiyyah itu. Perkara ini digembar-gemburkan PMI untuk mengurangkan kredit Pengetuanya, Prof. Rajendran kerana rumah ibadat orang Islam diconteng di kolej yang pengetuanya bukan Islam. Misteri masih wujud kerana Hilman orang pertama menemui surau tersebut dalam keadaan begitu.

Jika credential Hilman yang senang sekali melanggar peraturan kolej iaitu tinggal sebagai squatters, penglibatannya dalam pengeluaran risalah haram pada 5 September 2007 dan secara misterinya dikaitkan dengan contengan surau, maka sekarang kita dapat melihat bahawa barangkali seorang Machiavelis telah dilantik untuk mengetuai BBMN.

Adakah Persatuan Mahasiswa lain seperti SRC UIA akan berdiam diri? Ataupun wala' lebih afdhal dalam hal ini? Jika benar begitu, maka kita akan melihat bahawa pilihanraya kali ini akan menjadi pilihanraya paling kotor yang pernah dimainkan di seluruh kampus.

Tuesday, June 17, 2008

PTPTN turun 50% faedah, usaha budak budak Aspirasi

PTPTN dulunya kos ribanya ialah 4% ketika mula mula dibuat pada tahun 1998. Selepas itu, akibat desakan dalam MPPK oleh MPP Aspirasi. Kadar faedah itu turun menjadi 3%. Malah katanya akan turun lagi 50% kadar faedahnya.

Yang aku tak boleh terima ialah budak budak pembangkang PAS ini memang tak pandai bersyukur dan terima kasih. Sesudah duit itu menjadi taik dimakannya. Mereka dakwa duit itu sebagai riba. Sudahlah ambil duit PTPTN tak terima kasih, dah makan pun dah jadi taik cakap riba lagi. Budak budak PAS ini memang tak pandai bersyukur, makan duit kerajaan BN tapi cakap benda itu riba dan haram. Kalau dah haram, kau pergi mintak dengan kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, minta duit hasil babi di Selangor dan minta duit DAP kat Penang dan Perak. Itulah duit yang halal bagi kau. IKHLAS DARI : Orang Yang Bersyukur dari Seri Petaling.

Thursday, June 12, 2008

Zainulfaqar Akan Berceramah di Kuil Jika Bertanding di Kepala Batas?


Pak Lah 8hb Mac yang lepas telah dicabar oleh seorang penceramah bebas yang bertanding di bawah tiket PAS. Penceramah bebas ini bernama Ustaz Sobri Md Arshad. Beliau popular sebagai seorang penceramah dan pengkuliah di masjid-masjid di sebelah utara.

Orang Alim seperti Ustaz Sobri menggadaikan agama untuk mendapat sokongan Hindraf. Zainulfaqar yang tidak alim adakah lebih kuat imannya dari Ustaz ini?

PAS adalah parti politik. Dalam meraih undi untuk menang PAS berkompromi dengan pihak Hindu di dalam Parti Keadilan Rakyat. Parti ini mendapat sokongan besar dari penganut Hindu yang ekstrim selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Hindraf. Hindraf adalah kumpulan pelampau Hindu yang menuduh berlaku penghapusan etnik India di Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat yang disokong Hindraf telah menjemput Ustaz Sobri untuk berceramah di sebuah kuil Hindu. Ustaz Sobri telah diraikan dan dikalungkan mengikut adat Hindu sebelum ceramahnya.

Jika Parti Mahasiswa Negara bertanding di Kepala Batas melawan Pak Lah, Zainulfaqar akan dijemput di tempat yang sama oleh PKR untuk menyampaikan ceramah. Zainulfaqar akan berceramah di kuil seperti Ustaz Sobri. Bolehkah mahasiswa Islam seperti kita menerima ini?

Wartawan Utara Malaysia

Thursday, June 5, 2008

Riba PTPTN: Adakah PAS Akan Hapuskannya Bila Memerintah?

PTPTN merupakan isu mutakhir yang cuba diungkai dan dirungkai oleh mahasiswa pembangkang. Dahulu mahasiswa semuanya dapat biasiswa, tetapi sekarang ini biasiswa ini hampir tiada lagi dan dinamakan pula sebagai pinjaman. Biasiswa tidak perlu dibayar tetapi pinjaman perlu dibayar.

Dahulu, universiti boleh dikira dengan jari yang sepuluh. Tetapi, sekarang mungkin perlu ditambah jari kaki sekali. UiTM sendiri pun ada 130,000 penuntut. Tidak dicampur lagi pelajar kolej komuniti dan pelajar-pelajar kolej swasta. Oleh itu, jumlah yang menerima biasiswa jika dihitung mungkin sama macam zaman sebelum ada pinjaman, samada tiada beriba seperti JPA ataupun sudah beriba seperti PTPTN.

Penulis lebih suka jikalau kerajaan mengelakkan riba dikenakan samada atas nama caj ataupun apa sahaja namanya. Cumanya, itu bukan persoalan penulis sekarang. Penulis hendak mempertikaikan matlamat sebenar mahasiswa PAS ataupun Jemaah Islam Kampus ini dalam hal PTPTN. Mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka cuba katakan, melainkan hanyalah anggukan dan ulangan seperti seekor burung kakaktua.

Mungkin ada mekanisme yang boleh diperkenalkan dalam hal PTPTN ini, sama halnya seperti DEB. Barangkali pelajar institusi tertentu seperti penuntut UiTM yang akan diberi keistimewaan ini selari dengan hak keistimewaan umat Melayu. Namun, penulis yakin, jikalau hal ini dibangkitkan ataupun cuba diimplementasi, maka adalah di kalangan ahli jemaah yang mengaku terlalu faham akan wahdatul amal dan wahdatul fikr ini yang akan membangkang, seolah-olah dirinya sendiri tidak berkhitan ataupun tidak tahu mengucap.

Itulah situasi yang akan berlaku. Namun, kalau PAS yang akan memerintah, barangkali nasibnya akan berubah. Itulah harapan hati mereka. Tidak juga kalau tiba-tiba jika "pakar ekonomi" jamaah seperti Zaharuddin Abdul Rahman yang naik menjadi Pengerusi PTPTN jikalau di zaman PAS memerintah. Mungkin dia akan mengIslamkan PTPTN.
Cuma harus mahasiswa berwaspada. PTPTN barangkali namanya diIslamkan, tetapi hanya sekadar nama sahaja. Murabahah, mudarabah dan pelbagai sahaja nama hiasan boleh diberi. Tetapi, bagi mahasiswa suasananya adalah lebih teruk lagi. Jikalau sekarang, "ribanya" adalah 3% tetapi selepas diIslamkan mungkin naik setinggi 6 hingga 7%.







Jadi bolehkah pihak mahasiswa pembangkang mengatakan bahawa hanya riba sahaja faktor kenapa PTPTN mesti dikaji semula? Penulis yakin bahawa dilantik manusia seperti Zaharuddin sebagai pengerusi PTPTN, maka itulah penyelesaiannya. Mungkin Fauzul Naim, orang kuat PTS akan memahami apa yang dimaksudkan oleh penulis, bukan pemuja-pemuja UZAR.

Syahdan, jikalau riba sahaja menjadi persoalan asas penentangan, maka kenapa ramai ustaz-ustaz yang dilatih JIK dan juga PTD-PTD mereka yang bertaburan sehingga ke pejabat Perdana Menteri tidak segan silu mengambil pinjaman kerajaan yang ribanya juga bernilai 4%? Maka, terkinja-kinjalah ustaz-ustaz dan pegawai kerajaan yang dilatih JIK ini bergelut untuk disahkan jawatannya dalam perkhidmatan untuk mengambil pinjaman kerajaan ini. Semasa mengambil PTPTN garang benar amarah mereka terhadap 3-4% riba yang mereka makan, tetapi seronok pula melantak pinjaman kerajaan yang ribanya juga sama peratus dengan riba PTPTN ini.

Maka, adakah wujud hipokrasi di sini? Kenapa gagasan dan fikrah menentang riba ini hanya sewaktu mereka menjadi mahasiswa? Kenapa orang yang sama ini juga melantak riba dengan lahapnya dan kecewa besar apabila lambat disahkan jawatan? Maka, inilah hipokrasi mahasiswa pembangkang. 10 tahun hampir berlalu, dan pemakan riba yang menentang PTPTN ini, tidak mengembek sedikitpun terhadap riba pinjaman kerajaan yang mereka ambil setelah bergelar ustaz.

Oleh itu, nyatalah, idealisme yang mahasiswa pembangkang ambil bukanlah datang daripada otak dan fikrah mereka sendiri. Apabila sudah bekerja, ikatan dan ukhuwwah semakin terlerai.Persoalan madiyyah lebih diutamakan oleh ahli-ahli jamaah ini. Lebih enak sebenarnya mereka berkongratulasi akan siapa yang dapat anak ramai, kereta besar dan rumah besar.

Kesimpulannya, bercakap soal riba PTPTN tidak semudah seperti bercakap tentang bingkai cermin mata. Hanya si dungu sahaja yang menganggap persoalan PTPTN ini boleh diselesaikan secara simplistik tidak kiralah samada latarbelakangnya ekonomi ataupun akademi pengajian Islam.

Dipetik dari: maharajazhou.blogdrive.com

Pengasas DEMA dah jadi YB di Penang

YB Sim Tze Tzin adalah bekas Pengasas DEMA di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau adalah bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim. Sekarang dah jadi YB di DUN Pantai Jerjak, Penang. Waktu aku sedang makan di kafeteria di USM, aku lihat ada anak anak Cina tepuk tangan bersorak gembira tengok ADUN ADUN DAP menang di Penang.


Yang aku sedih tengok ialah ada juga anak anak Melayu yang tak faham bahasa turut gembira sama dengan budak budak Cina tu. Anak anak Melayu ni budak budak PMIUSM. Mereka dah dapat duit banyak dari YB YB DAP ni, Guan Eng pun nampaknya sponsor banyak program program DEMA di USM. Kalau Khaled Nordin tidur lagi, tak lawan puak puak DAP ni di universiti, aku ingat orang orang muda di Pasir Gudang pun tak akan undi Khaled Nordin lagi. Lebih baik kalau Sim Tze Tzin ini pergi bertanding di parlimen Pasir Gudang lawan Khaled. Sibuk nak jadi Naib Presiden, universiti kau tak jenguk langsung pun.

Ahmad Nasir
Presiden Student Progresif Front (SPF), Penang.

Tuesday, June 3, 2008

Apa Khabar PMN?

Zainulfakar Yaakob @ Intan Abdullah (penulis upahan Harakahdaily) bersama dengan Syeikh Muhd Umar Bugharib (Presiden PMN) dalam kempen di Kepala Batas. Zainulfakar khabarnya mahu bertanding atas tiket parti Bebas melawan Pak Lah di Kepala Batas.

Teringat juga penulis kepada sebuah parti ataupun lebih tepat lagi nutfah parti yang dinamakan sebagai Parti Mahasiswa Negara (PMN). Tiba-tiba sahaja penulis teringat kerana selepas PRU 12, sunyi sepi sahaja bunyinya PMN ini. Jika sebelum PRU 12 bisingnya nutfah parti ini laksana katak puru, tetapi semenjak dua menjak ini, seolah-olah nutfah parti ini diam membisu. Jika PRU 12 dianggap tsunami politik, maka PMN lagaknya seperti mayat yang mereput akibat tsunami tersebut.Bungkam tanpa seribu kata.

Sekali-sekala, apabila dijolok akan AUKU, barulah ia berkokok dan menguak. Kemudian, diam balik seperti mayat Bani Israel yang dipukul lidah sapi betina. Mungkin AUKU itu laksana lidah sapi betina yang akan menghidupkan semula mayat bernama PMN. Begitulah laksana PMN ataupun Parti Mayat Negara. Bisu seribu kata.

Maka, benarlah telahan penulis berulang-ulang kali. PMN hanyalah lawak jenaka. Lawak bakal peserta Raja Lawak yang gagal di peringkat audition lagi. Ataupun elok juga diberitahu kepada Nabil, mana tahu boleh dijadikan lawak jenaka terbaru si Raja Lawak Musim Kedua itu.

Tidak pun elok juga raja-raja lawak dan otai mereka itu mendaftar Raja Lawak Musim Ketiga, kerana penulis tidak rasa mahasiswa merasa seronok dengan aksi mereka sebelum apatah lagi selepas Pilihanraya. Terasa terbuang gamaknya penat, lelah, letih, semput dan juga asma "700" mahasiswa yang majoritinya mahasiswi berarak di Kepala Batas. Mungkin baru semenjak dua menjak terasa dirinya bagai "Tipah Tertipu" dengan pujukan dan rayuan Jejaka yang Terhangat di PASaran. Kalau tidak terasa, barangkali entah berapa kali lagi akan masuk dalam lubang yang sama, hairan juga berdegar-degar mengaku diri mereka Muslimat.

Ramainya anak gadis tertipu dengan umpanan dan janji manis PMN! Ke manakah mereka sekarang? Tidakkah mereka sedar PMN hanya tahu memanipulasikan mereka sahaja?

PMN bagi sesetengah orang adalah mimpi. Rupa-rupanya ia memang mimpi dan kekal sebagai mimpi. Kerana mimpi yang lebih kabir adalah menangnya PAS, PKR, dan DAP bagi banyak kerusi dan ternafinya Barisan Nasional menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Seolah-olah, diimpikan hujan turun dari langit, banjir Nabi Noh pula yang melanda bukit. Terkinja-kinjalah puak-puak Raja Lawak dengan kemenangan ini. Lupa mereka dengan PMN. Hooray...hooray...hooray...yak...yak...yeh...

Terasa penat juga berfalsafah itu dan ini tentang kewajaran Mahasiswa dalam politik. Terasa rugi pula bertekak dan bertegang leher tentang non partisan dan juga non bias PMN terhadap mana-mana pihak. Terasa bagaikan kalau tidak ditubuhkan parti mahasiswa ini, tentu peluang cerah hendak dilantik calon pilihanraya PAS dalam PRU 13. Mana tidaknya, dalam PAS pun kadang-kadang ada yang khianat. Nanti dikatakan tidak jelas fikrah pula oleh orang PAS yang tidak tahu cerita. Tapi, biasalah Dewan Pemuda PAS macam Bos Mission Impossible. Kalau kena tangkap, wa tak kenal sama lu. Itu lu punya pasal. Cuci tangan.

Mungkin itu yang ligat raja-raja lawak tempel artikel sokong PAS. Paling ciputpun ditempelnya gambar Anwar. Fikrah orang PKR tak menentu, siapa yang beriman Anwar kalau sudah jadi Perdana Menteri, semua masalah dunia selesai, orang itu beres sahaja diterima. Tukang tangkap gambar Lingam pun boleh jadi MP. Jadi, takkan jadi Raja Lawak Mahasiswa lagi hina taraf dari tukang tangkap gambar Lingam? Sekonyong-konyong ditempel gambar dan artikel Anwar merata dalam blog. Sentuh sikit Anwar dah melalut,TAHNIAH!

Tapi, yang gobloknya adalah Riduan Mohd Noor dan the old guard. Syabas Ustaz, mungkin ini bezanya orang yang pernah berbai'ah dengan orang yang tak pernah berbai'ah di kampus. Mungkin ini bezanya antara Ustaz dengan degree API dengan Ustaz jadi-jadian. Anak buah Ustaz berkecamuk dengan fikrah comrade, anwariyyun dan jamaah. Jumpa sosialis, hello komrad. Jumpa pemuja Anwar, assalamualaikum brother. Jumpa sama-sama jamaah, assalamualaikum akhi.

Oleh itu, elok juga penulis akhiri artikel ini dengan seloka:
PMN sudah tidak ketahuan,menjadi bahan jenaka,
Tersembul dua gigi dari mulut tanda suka,
Memanglah tepat PMN adalah mimpi semata,
Yang rugi bukan siapa, tetapi mahasiswa,
Hak mahasiswa kekal sama, lebih baik bersama dengan Presiden MPP yang ada,
Jangan terkejut suatu hari suatu ketika, raja lawak dan otainya bertanding pula,
Sekurang-kurangnya boleh jadi wartawan dan reporter pula,Harakahdaily pilihan utama.
Tidak kisahlah apa nama samarannya, dah elok jadi jantan, guna nama wanita pula,
Jadi, janganlah terpedaya dengan Parti Mahasiswa Negara, kelak jadi mangsa semata-mata.

Dipetik dari: maharajazhou.blogdrive.com


(Ada yang berpendapat bahawa penulis blog ini adalah Kalam Azad, Pegawai HEP Universiti Malaya)

AUKU Perlu Diperketat Lagi

Aku berpandangan AUKU ini kena diketatkan lagi bagi menghalang budak budak mahasiswa pro pembangkang ini menjadi lebih kurang ajar di universiti. Dalam pilihanraya lepas, aku nampak budak budak mahasiswa ini menjadi jentera kepada Nurul Izzah berkempen di Lembah Pantai. Bukannya aku tak kenal dulu dengan budak budak tu, mereka tergila gila sangat kat Izzah masa kat Uniten lagi. Sekarang lepas geramlah tu.

AUKU lah yang membuatkan kita jadi lebih berdisiplin sekarang ini. Kalau pak menteri Khaled Nordin ni tak sedar lagi kepentingan AUKU tidak tahulah nak jadi macam mana nanti. Khaled Nordin kena fokus jaga KPT, jangan angan angan nak jadi Naib Presiden saja. Dah lah Khaled Nordin asyik manja sangat dengan budak budak oversea, apa hebat sangat diaorang. Dekat luar negeri, boleh la buat Kelab UMNO sebab tak ada AUKU, dekat dalam negara mana boleh sesuka hati buat begitu. Nanti jadilah Cawangan PAS di UPM, UKM dan UIA sebab diaorang dah perintah negeri negeri ni. Kalau Khaled fikir nak demokrasi ja, budak budak universiti ni akan naik lemak lagilah. Lagi teruk lah kalah dalam PRU13 nanti.


Rahman Rahim
Setiausaha Kelab Penyokong AUKU