Thursday, June 12, 2008

Zainulfaqar Akan Berceramah di Kuil Jika Bertanding di Kepala Batas?


Pak Lah 8hb Mac yang lepas telah dicabar oleh seorang penceramah bebas yang bertanding di bawah tiket PAS. Penceramah bebas ini bernama Ustaz Sobri Md Arshad. Beliau popular sebagai seorang penceramah dan pengkuliah di masjid-masjid di sebelah utara.

Orang Alim seperti Ustaz Sobri menggadaikan agama untuk mendapat sokongan Hindraf. Zainulfaqar yang tidak alim adakah lebih kuat imannya dari Ustaz ini?

PAS adalah parti politik. Dalam meraih undi untuk menang PAS berkompromi dengan pihak Hindu di dalam Parti Keadilan Rakyat. Parti ini mendapat sokongan besar dari penganut Hindu yang ekstrim selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sokongan penuh kepada Hindraf. Hindraf adalah kumpulan pelampau Hindu yang menuduh berlaku penghapusan etnik India di Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat yang disokong Hindraf telah menjemput Ustaz Sobri untuk berceramah di sebuah kuil Hindu. Ustaz Sobri telah diraikan dan dikalungkan mengikut adat Hindu sebelum ceramahnya.

Jika Parti Mahasiswa Negara bertanding di Kepala Batas melawan Pak Lah, Zainulfaqar akan dijemput di tempat yang sama oleh PKR untuk menyampaikan ceramah. Zainulfaqar akan berceramah di kuil seperti Ustaz Sobri. Bolehkah mahasiswa Islam seperti kita menerima ini?

Wartawan Utara Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

Benarkah Wujud Konspirasi untuk Meminggirkan Idea Presiden PMIUM? Siapakah Yang Menguasai Media Jamaah?

Idea Presiden PMIUM Terpinggir di Laman Mahasiswa Pembangkang UM!

Anonymous said...

Jgn sempitkan fikiran kamu utk bdakwah kpd non muslin ya..kat mane2 pon boleh ceramah selagi tdk msyirikkan Allah & tak melanggar syariat islam..
berfikiran jauh la cikit dik...