Tuesday, June 3, 2008

Apa Khabar PMN?

Zainulfakar Yaakob @ Intan Abdullah (penulis upahan Harakahdaily) bersama dengan Syeikh Muhd Umar Bugharib (Presiden PMN) dalam kempen di Kepala Batas. Zainulfakar khabarnya mahu bertanding atas tiket parti Bebas melawan Pak Lah di Kepala Batas.

Teringat juga penulis kepada sebuah parti ataupun lebih tepat lagi nutfah parti yang dinamakan sebagai Parti Mahasiswa Negara (PMN). Tiba-tiba sahaja penulis teringat kerana selepas PRU 12, sunyi sepi sahaja bunyinya PMN ini. Jika sebelum PRU 12 bisingnya nutfah parti ini laksana katak puru, tetapi semenjak dua menjak ini, seolah-olah nutfah parti ini diam membisu. Jika PRU 12 dianggap tsunami politik, maka PMN lagaknya seperti mayat yang mereput akibat tsunami tersebut.Bungkam tanpa seribu kata.

Sekali-sekala, apabila dijolok akan AUKU, barulah ia berkokok dan menguak. Kemudian, diam balik seperti mayat Bani Israel yang dipukul lidah sapi betina. Mungkin AUKU itu laksana lidah sapi betina yang akan menghidupkan semula mayat bernama PMN. Begitulah laksana PMN ataupun Parti Mayat Negara. Bisu seribu kata.

Maka, benarlah telahan penulis berulang-ulang kali. PMN hanyalah lawak jenaka. Lawak bakal peserta Raja Lawak yang gagal di peringkat audition lagi. Ataupun elok juga diberitahu kepada Nabil, mana tahu boleh dijadikan lawak jenaka terbaru si Raja Lawak Musim Kedua itu.

Tidak pun elok juga raja-raja lawak dan otai mereka itu mendaftar Raja Lawak Musim Ketiga, kerana penulis tidak rasa mahasiswa merasa seronok dengan aksi mereka sebelum apatah lagi selepas Pilihanraya. Terasa terbuang gamaknya penat, lelah, letih, semput dan juga asma "700" mahasiswa yang majoritinya mahasiswi berarak di Kepala Batas. Mungkin baru semenjak dua menjak terasa dirinya bagai "Tipah Tertipu" dengan pujukan dan rayuan Jejaka yang Terhangat di PASaran. Kalau tidak terasa, barangkali entah berapa kali lagi akan masuk dalam lubang yang sama, hairan juga berdegar-degar mengaku diri mereka Muslimat.

Ramainya anak gadis tertipu dengan umpanan dan janji manis PMN! Ke manakah mereka sekarang? Tidakkah mereka sedar PMN hanya tahu memanipulasikan mereka sahaja?

PMN bagi sesetengah orang adalah mimpi. Rupa-rupanya ia memang mimpi dan kekal sebagai mimpi. Kerana mimpi yang lebih kabir adalah menangnya PAS, PKR, dan DAP bagi banyak kerusi dan ternafinya Barisan Nasional menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Seolah-olah, diimpikan hujan turun dari langit, banjir Nabi Noh pula yang melanda bukit. Terkinja-kinjalah puak-puak Raja Lawak dengan kemenangan ini. Lupa mereka dengan PMN. Hooray...hooray...hooray...yak...yak...yeh...

Terasa penat juga berfalsafah itu dan ini tentang kewajaran Mahasiswa dalam politik. Terasa rugi pula bertekak dan bertegang leher tentang non partisan dan juga non bias PMN terhadap mana-mana pihak. Terasa bagaikan kalau tidak ditubuhkan parti mahasiswa ini, tentu peluang cerah hendak dilantik calon pilihanraya PAS dalam PRU 13. Mana tidaknya, dalam PAS pun kadang-kadang ada yang khianat. Nanti dikatakan tidak jelas fikrah pula oleh orang PAS yang tidak tahu cerita. Tapi, biasalah Dewan Pemuda PAS macam Bos Mission Impossible. Kalau kena tangkap, wa tak kenal sama lu. Itu lu punya pasal. Cuci tangan.

Mungkin itu yang ligat raja-raja lawak tempel artikel sokong PAS. Paling ciputpun ditempelnya gambar Anwar. Fikrah orang PKR tak menentu, siapa yang beriman Anwar kalau sudah jadi Perdana Menteri, semua masalah dunia selesai, orang itu beres sahaja diterima. Tukang tangkap gambar Lingam pun boleh jadi MP. Jadi, takkan jadi Raja Lawak Mahasiswa lagi hina taraf dari tukang tangkap gambar Lingam? Sekonyong-konyong ditempel gambar dan artikel Anwar merata dalam blog. Sentuh sikit Anwar dah melalut,TAHNIAH!

Tapi, yang gobloknya adalah Riduan Mohd Noor dan the old guard. Syabas Ustaz, mungkin ini bezanya orang yang pernah berbai'ah dengan orang yang tak pernah berbai'ah di kampus. Mungkin ini bezanya antara Ustaz dengan degree API dengan Ustaz jadi-jadian. Anak buah Ustaz berkecamuk dengan fikrah comrade, anwariyyun dan jamaah. Jumpa sosialis, hello komrad. Jumpa pemuja Anwar, assalamualaikum brother. Jumpa sama-sama jamaah, assalamualaikum akhi.

Oleh itu, elok juga penulis akhiri artikel ini dengan seloka:
PMN sudah tidak ketahuan,menjadi bahan jenaka,
Tersembul dua gigi dari mulut tanda suka,
Memanglah tepat PMN adalah mimpi semata,
Yang rugi bukan siapa, tetapi mahasiswa,
Hak mahasiswa kekal sama, lebih baik bersama dengan Presiden MPP yang ada,
Jangan terkejut suatu hari suatu ketika, raja lawak dan otainya bertanding pula,
Sekurang-kurangnya boleh jadi wartawan dan reporter pula,Harakahdaily pilihan utama.
Tidak kisahlah apa nama samarannya, dah elok jadi jantan, guna nama wanita pula,
Jadi, janganlah terpedaya dengan Parti Mahasiswa Negara, kelak jadi mangsa semata-mata.

Dipetik dari: maharajazhou.blogdrive.com


(Ada yang berpendapat bahawa penulis blog ini adalah Kalam Azad, Pegawai HEP Universiti Malaya)

1 comment:

Anonymous said...

PMN parti bodoh bang, sebab tu gempak bising sekejap je. itu stail nuar brehim punya trademark bang, low class..

PMN parti tadak kotel bang. kena tipu hidup2 oleh zainulfucker yg kata dia kena tahan polis waktu nk gi penamaan calon PRU12 kt kepala batas tempoh hari. itu semua rekaan bang. tadak kotel punya stail tu..